Halaman

Senin, 12 September 2011

Menggabung niat puasa

Hukumnya menggabungkan niat puasa Syawal dengan puasa qadha Ramadhan, dengan kata lain puasa qadha Ramadhan dikerjakan pada bulan Syawal dalam 1 hari yang sama, memakai dua niat iaitu puasa qadha (wajib) dan puasa syawal (sunat) atau dengan istilah two in one

Dalam kitab Al Asybah wan Nazhair oleh Jalaluddin Assayuti, persoalan ini diungkap secara panjang lebar, dan dibahagikan kepada 4 masalah.

Pertama, menggabung niat ibadah wajib dengan ibadah sunat, seperti menggabung niat solat wajib dengan solat sunat Tahiatul Masjid, maka hukumnya sah dan kedua-duanya berpahala. Demikian juga menggabungkan niat mandi janabah dan mandi sunat Jum’at, kedua-duanya berpahala. Selanjutnya, menggabungkan niat puasa qadha dan puasa sunat Arafah, atau puasa wajib lainnya seperti puasa Nazar, puasa Kafarat dengan puasa sunat lainnya, maka hukumnya sah dan boleh seperti yang difatwakan oleh Al Barizi.
Dengan memperhatikan persoalan-persoalan di atas dan membandingkan dengan persoalan yang diangkat dalam tulisan ini iaitu menggabungkan niat puasa qadha dengan puasa sunat Syawal menurut hemat penulis tidak ada perbezaannya, iaitu menggabungkan niat puasa wajib (qadha) dengan puasa sunat, maka hukumnya disamakan dengan persoalan-persoalan di atas iaitu boleh dan sah kedua niat ibadah tersebut Insya Allah.

Kedua, niat yang sah adalah ibadah wajibnya saja, sedangkan ibadah sunat adalah batal. Contoh yang dikemukakan dalam persoalan ini menggabungkan niat qadha solat wajib dengan niat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan, maka hanya solat wajib saja yang sah dan mendapat pahala, sedangkan Tarawih tidak sah sama sekali seperti difatwakan oleh Ibnu Solah.

Ketiga, kedua-duanya batal, iaitu menggabungkan niat ibadah wajib dengan ibadah wajib lainnya, seperti menggabungkan niat mandi wajib dan niat berwudhuk sekaligus, maka kedua-duanya batal.

Keempat, menggabungkan niat ibadah sunat dengan ibadah sunat lainnya, seperti menggabungkan niat mandi Jum’at dengan niat mandi hari raya, maka kedua-duanya sah.

Akhirnya dapat disimpulkan bahawa puasa Syawal hukumnya adalah sunat dan boleh dikerjakan secara terpisah (tidak berturut-turut), tapi sebaiknya dikerjakan segera selepas 1 syawwal dan berturut-turut enam hari. Dan puasa qadha Ramadhan dapat digabungkan niatnya dengan puasaSyawal bila diqiyaskan dengan penggabungan niat puasa Nazar dan puasa Arafah seperti yang difatwakan oleh Al Barizy di dalam kitab Qawaid Al Fiqh.

Wallahua’lam.

Penulis adalah: Pembantu Rektor IV

Universitas Al Washliyah (UNIVA) Medan.

menggabungkan niat puasa sunat syawal dgn puasa qadha’ Ramadhan


Tidak ada komentar: